بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada  terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara  berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang  berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya  gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah  solat gerhana.
.
.
A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)
1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya  dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’  atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
.

.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
.
.
B. Cara Solat Sunat Khusuf
 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala  dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan  (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti  berikut:
.
1. Cara Pertama
Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika  terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu  jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi  Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi  Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari  sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud  lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:
وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata:   “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada  riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih  dari empat kali.”
.
.
2. Cara Kedua
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud..
- Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
- Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana.
- Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
- Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
- Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
- Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
- Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf  dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua  kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at,  atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.
C. Khutbah Solat Gerhana
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 “Selanjutnya  beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah  berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari  dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara  tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana  kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka  apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada  solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini  untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan  mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah  berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat  sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi  fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowabوالسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
https://shafiqolbu.wordpress.com/ 





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
0 komentar:
Posting Komentar