Selasa, 03 April 2018

Hasil Kajian Mahathir hanya boleh menang di Langkawi sahaja


Walaupun Parlimen dijangkakan dibubar pada Jumaat ini, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad masih berteka-teki mengenai kerusi mana yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu menyebut mengenai kemungkinan di tiga kerusi Parlimen: Langkawi atau Kubang Pasu di Kedah, atau Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Ketika disoal hari ini sama ada beliau telah membuat keputusannya, Mahathir berkata, "Saya? Ini rahsia. Rahsia negara."

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di parlimen hari ini.

Sementara itu, apabila disoal sama ada beliau bimbang dengan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum mendaftarkan HARAPAN, Mahathir berkata beliau tidak peduli.

"Tidak akan ada pendaftaran, tetapi kami tidak peduli. Daftar atau tidak, kami ada rancangan semasa pilihan raya, "katanya.

ROS menangguhkan pendaftaran HARAPAN atas dakwaan salah satu parti komponennya, BERSATU masih belum menyerahkan beberapa dokumen.

BERSATU, sebaliknya berkata, semua dokumen yang diminta sudah diserahkan pada 29 Mac lalu.

Mengenai keputusan logo parti komponen mana yang bakal digunakan jika gabungan itu gagal didaftarkan, Mahathir berkata belum ada keputusan mengenai perkara itu.

"Kami akan umumkan kemudian," katanya.



XOXO - Harap-harap RAFIZI DEDAH KAJIAN INVOKEnya., atau memang RAFIZI nak perkenakan orang tua tu..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

0 komentar:

Posting Komentar