Jumat, 30 Maret 2018

Mat Sabu Dedah 2 Kekuatan PAS pada ceraman di Guar Chempedak secara tak sengaja



Hampir 90% ceramah Mat Sabu pada ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Guar Chempedak yang terletak di dalam negeri Jelapan Padi malam tadi adalah menyerang PAS. Itu tanda mudah bahawa di Kedah HARAPAN lebih takut PAS daripada UMNO.

Jika ada yang menyaksikan ceramah semalam, boleh lihat Mat Sabu berceramah seolah-olah kepada ahli PAS yang hadir kerana bahasa yang digunakan ditujukan kepada ahli PAS dan dia (Mat Sabu) merasai kehadiran ahli PAS pada ceramah itu.

Mat Sabu seolah-olah takut kepada bayang-bayang. Kenapa menyeru ahli PAS perlu undi HARAPAN kalau dah rasa Mahathir yang ada pada ceramah itu ada aura boleh tarik pengundi Melayu?? Serulah kepada ahli UMNO mungkin mereka yang hadi pada ceramah berkenaan??

Orang bodoh sahaja tak boleh berfikir mengenai situasi malam tadi.

Kedua.

Mat Sabu kononnya dedah ada rakaman audio mengenai Nik Abdul yang mengaku menerima wang UMNO. Dia sangat seronok macam Husam Musa nak bawa rakaman itu dianalisis di luar negara.

Kata Mat Sabu audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson. Husam juga mendedahkan kononnya si  Allen Hirson telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang.

Itu tak menarik. Yang menariknya Mat Sabu kata rakaman ini akan digunakan oleh Sarawak Report dalam kes pembelaan.

Sebelum ini Sarawak Report membuat pembelaan 50 muka surat tak ada pun berkenaan audio ini. Seakarang Mat Sabu dan Husam Musa akan bantu Sarawak Report.

Kalau orang ada akal akan berkata Sarawak Report sebelum ini tak ada hujahlah?

Patutlah Sarwak Report dalam pembelaannya 10 muka berkenaan pimpinan PAS kononnya kaya termasuk anak Abdul Hadi Awang,  Ustaz Khalil  ada motor besar.

Ini gambarnya







Rupanya Sarawak Report dengan penyokong HARAPAN sama bodoh sahaja. (baca di sini)


XOXO - Puak-puak kaki fitnah lebih takut akta Najib daripada ALlah taala walaupun Allah beri amaran. Pelik juga solat lebam dahi tapi fitnah mainan mulut...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

0 komentar:

Posting Komentar